Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal. Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang. Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku...

JATUH CINTA

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Satu hari..aku bicara pada Allah. aku tak perlu seseorang yang hebat dalam banyak hal. Tuhan..beri aku lelaki yang setia yang menghargai cinta dan lakukan aku dengan baik sebagaimana dia manjaga hati bondanya. Aku tahu ,tidak semua hari akan indah dan mudah untuk itu, aku mohon.. jangan pernah ajarkan aku bagaimana mengalah. Aku jatuh cinta pada takdirku.. engkujaa/us/2.30am

SEMBURIT

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Assalamualaikum alam maya...moga sentiasa dalam rahmat  Allah hendaknya. SEMBURIT?? Jujur, Aku baru tahu perkataan itu, seperti jakun tapi terus terang aku baru kenal, mengerti dan tahu. Nampak sangat aku tidak menelaah kamus Dewan dengan teliti. Menulis perkataan SEMBURIT itu sangat mudah, menyebutnya apatah lagi kan?? Tapi melakukan?? sebegitu mudah juga??  Aku tidak ada jawapan. kamu boleh menjawab soalan aku. Pendapat aku dan kamu mungkin berbeza, interpretasi aku dan kamu juga berbeza. Tekaan aku dan kamu juga berbeza. Tiada guna berbalah tentang isu #SEMBURIT!! kerana pada akhir pendebatan, kita akan menunding Jari untuk menyatakan siapa benar siapa salah. Lebih baik kita memerhati dan berfikir. Aku bukan orangnya untuk berbahas tentang isu SEMBURIT. Ada yang lebih arif, aku Hanya ingin menulis apa yang aku rasa aku perlu tulis, sebab perkataan ini baru bergegar dibenak aku. Moga...

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan