Skip to main content

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.


Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal.

Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang.


Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku disisi Allah. Jahil?? kufur?? naif?? Derhaka?? Semuanya mungkin. Perjalanan yang lewat ini menciptakan perlbagai rasa. Mana mungkin aku Lelah dalam perjalanan ini. Tidak!! Aku tidak pernah lelah. Aku akan terus bangkit dan berlari mengejar impian. 

Sebuah perjalanan yang tanpa henti memberi seribu tanda tanya. Samada ia terjawab atau berlalu tanpa penyesalan. adakah kita memilih untuk berada dalam perjalanan yang indah atau kusam. Semuanya di tangan kita. Allah maha mengetahui apa yang berlaku dan yang akan berlaku. indah bukan?? kenapa indah?? Dalam kusam itulah kita belajar mencari dan mengenali diri..dalam kusam itu juga kita mengenal siapa yang memberi kita nafas dan rezeki..dalam kusam itu juga kita menikmati rasa syukur yang tiada hitungnya..dalam kusam itu lah kita mengenali siapa yang dalam perjalanan kita. itulah keindahan. Bukan Hanya perjalanan yang penuh dengan kegembiraan dipanggil indah..ada antara kita yang terpaksa tersenyum untuk melihat orang lain gembira dalam perjalanan kita.

Aku berhenti seketika.

Comments

Popular posts from this blog

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SAHABAT

SAHABAT Persahabatan adalah sebuah ikatan dimana antara mereka berkongsi suka dan duka berkongsi hal yang lucu aku rindu padamu sahabat rindu untuk berkongsi segala duka dan suka namun jarak telah tercipta antara kita aku tidak tahu kenapa ia menjauh puas ku tanya pada hatiku namun tidak terungkai persoalan itu lantas aku biarkan ia berlalu hanya doa yang mampu ku titipkan agar sahabatku senantiasa dilimpahi rahmat ilahi aku senang jika kamu bahagia dengan caramu andai sebaliknya moga kamu senantiasa kuat untuk bertahan Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.