Skip to main content

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN



Bismillahhirahmanirahim


Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan.


Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ada itulah yang aku kongsikan. apa yang aku lihat, homeless dikuala lumpur Sangat mewah dalam bantuan makanan, mereka sentiasa mendapat pelbagai bantuan daripada pelbagai pihak seperti badan-badan kerajaan, NGO, pelajar-pelajar universiti dan orang perseorangan yang setiap malam menyalurkan bantuan makanan kepada mereka. tidak kurang juga pihak yang menyalurkan bantuan dari segi pakaian, perubatan dan pendidikan kepada anak-anak homeless. bangga aku melihat keperihatinan dan tanggungjawab sosial yang mereka salurkan pada mereka yang tidak mampu. Dalam kemewahan bantuan makanan, kita terlupa tentang makanan jiwa kepada mereka, aku tidak nafikan ada sesetengah pihak yang menyalurkan motivasi kepada mereka tapi Tidak ramai dan Tidak consistent. sepatutnya hal ini yang perlu ditekankan kepada mereka agar jiwa mereka sentiasa tumbuh dengan semangat untuk berubah. kita tidak perlukan perubahan yang drastik tetapi jika keberadaan yang kerap bersama mereka dibantu oleh pihak berwajib akan memberi impak yang besar kepada mereka. 


Kerja-kerja sosial di luar Negara bukan lagi sesuatu yang asing, mereka sudah lama terdedah dengan tanggungjawab sosial sebegini. mereka bergerak dalam kumpulan untuk membantu homeless, refugee dan pihak yang tidak bernasib baik. inilah juga satu impian aku, mewujudkan satu kumpulan kerja sosial dalam erti kata lain..membentuk comunity theatre. ini akan menghubungkan elemen teater dalam kerja-kerja komuniti. moga allah permudahkan segala usaha ini.


Mendekati homeless bukanlah satu hal yang mudah. mereka sukar untuk didekati bukan kerana mereka sombong tetapi kerana mereka malu dan mereka hilang motivasi untuk berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. mereka merasakan mereka adalah sampah masyarakat dan tidak memberi impak yang berguna kepada masyarakat dan negara. pilunya hati aku bila hal ini yang ada dalam fikiran mereka. mereka kurang makanan jiwa. jadi, apa tanggungjawab kita kepada mereka? hanya melihat? atau hanya mendengar? kita perlu membantu jiwa mereka kerana jiwa mereka sangat dahagakan motivasi dan makanan hadi untuk mereka membina kembali semangat mereka. inilah tanggungjawab kita. sebagai pendidik dan pelajar postgraduate aku rasa tanggungjawab ini perlu aku Pikul. bukan dengan wang ringgit sahaja tapi ilmu yang aku ada perlu aku salurkan kepada mereka. insha allah. aku juga perlukan semangat untuk aku sampai kepada mereka. 

akan bersambung..banyak cerita dan kisah yang ingin aku kongsi. ini baru sebuah pengenalan.

engkujaa 19 November 2019








Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

Comments

Popular posts from this blog

SAHABAT

SAHABAT Persahabatan adalah sebuah ikatan dimana antara mereka berkongsi suka dan duka berkongsi hal yang lucu aku rindu padamu sahabat rindu untuk berkongsi segala duka dan suka namun jarak telah tercipta antara kita aku tidak tahu kenapa ia menjauh puas ku tanya pada hatiku namun tidak terungkai persoalan itu lantas aku biarkan ia berlalu hanya doa yang mampu ku titipkan agar sahabatku senantiasa dilimpahi rahmat ilahi aku senang jika kamu bahagia dengan caramu andai sebaliknya moga kamu senantiasa kuat untuk bertahan Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal. Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang. Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku...