Skip to main content

SELAMAT DATANG 2020

Assalamualaikum..semogo Allah merahmati kita semua dalam kasih sayangNYA. Selawat buat Rasullah SAW.

Selamat datang 2020..begitu cepat masa berlalu. masih terngiang wawasan ini sewaktu bangku sekolah..penuh dengan fantasi tentang 2020. bersama dengan Kawan kawan bersembang tentang impian bila sampai waktunya. pada waktu tidak dapat dibayangkan bagaimana datangnya tahun 2020, adakah kereta akan terbang diudara atau semua penuh dengan robot..itulah indahnya bila imaginasi terlalu tinggi membayangkan tahun yang penuh dengan wawasan.

Sekarang 2020..saat aku sedang menulis ini, sambil menonton Netflik, melayani drama bersiri The Blacklist, kisah criminal, terorist, conspiracy dan penuh debaran dan hari ni tanggal 4 januari 2020. Tiada kereta tebang diudara, yang ada hanyalah duit yang berterbangan kerana nilai mata wang seakan tiada Nilai langsung. mungkin inilah cabaran dan wawasan 2020. Gerun bila difikirkan kerana tuntutan hidup menjadi lebih tinggi.

Selamat datang 2020, moga Allah merestui segala usaha dan penat lelah kita. semoga tahun baru 2020 membawa limpahan kebahagiaan dan keberkatan pada kita. Tahun 2020 adalah perjalanan aku yang panjang, kerana masih bercuti belajar. Menyiapkan sebuah tesis yang akan memberi manfaat, Insha Allah.

Selamat tinggal 2019..indah..manis..duka..suka..yang melengkapi sebuah kehidupan aku. banyak yang menjadi pengajaran..ada yang perlu aku buang sejauhnya dan ada yang tak mampu untuk aku buang, kadang kadang rindu yang tersimpan itu sakit tetapi kesakitan itu yang membuahkan rasa kesedaran yang tinggi. buat kamu 2019..pergilah dengan sebuah kenangan.

engkujaa 4 january2020


Comments

Popular posts from this blog

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SERONOK KE HABIS BELAJAR??

Assalamualaikum sahabat maya, crime partner, my beloved family. Moga kita semua senantiasa dalam perlindungan Allah hendaknya, insha Allah. Lama sangat tak menjenguk kat sini, bersawang dah. actually banyak sangat perkara yang aku nak kongsi dengan kalian semua. alasan tak berkesempatan, itu semua alasan lapuk. Tapi itulah alasan aku pun. Alasan aku yang konkrit adalah aku perlu fokus pada Penulisan tesis aku sebelum nak buat perkara lain. Utamakan kerja hakiki. Alhamdulilah..semuanya selesai seperti mana dalam perancangan aku. Terima kasih ALLAH. KeranaNYA aku mampu menyiapkan tesis dalam masa yang telah aku susun elok-elok. actually bulan april 2021 aku dah submit tesis aku, tapi aku ambil masa beberapa bulan untuk kembali menulis di blog. Selesai saja semua tu, Otak aku betul betul penat. Badan aku apatah lagi. Rasa terkeluar  satu batu besar dalam badan aku ni. aku betul-betul relax sehabisnya. Tinggalkan buku untuk seketika, lupakan laptop untuk sementara waktu. Happy tak momm...