Skip to main content

BIPOLAR DISORDER

Mahesh..seorang sahabat...classmate postgraduate..adik..kisahnya aku  kongsi untuk bagi inspirasi bagi yang kecewa dalam hidup, putus asa dan sebagainya. aku lihat kekuatan yang luar biasa pada mahesh. 

Dalam jurnal kali ni aku nak berkongsi kisah seorang sahabat aku yang kini sedang berjuang melawan Bipolar Disorder dan juga Skrizofenia Afektif ( yang baru dikenalpasti oleh Pakar) sebelum aku menulis tentang dia, aku terlebih dahulu aku mintak izin dari dia untuk berkongsi pengalaman ini dalam jurnal  aku supaya dapat menjadi inspirasi bagi mereka yang mengidap penyakit ini dan juga yang sedang mengalami tekanan atau silent depression. Moga kisah ini dapat memberi manfaat kepada semua yang baca dari awal sampai habis ya.

Aku namakan dia Mahesh babu (bukan nama sebenar), kenapa Mahesh babu??? hahaha..sebab aku minat pelakon telugu ni la so aku namakan lah sahabat aku ni Mahesh babu.  Mahesh ni keturunan india, asal dari negeri utara sana. dia bekerja di sebuah syarikat yang besar dan gah, muda lagi, dalam lingkungan 27 tahun so kira pangkat adik lah untuk aku. aku pun baru kenal dia sejak september 2019. kami sama sama sambung belajar peringkat postgraduate (sarjana). dalam batch kami tak ramai, ada empat orang, dan yang paling aku rapat dengan Mahesh ni la. kami ke library sama-sama, lepas kelas kami lunch sama-sama, so banyak la masa aku dengan dia. macam-macam perihal kami kongsi sama2. kepenatan dia balik kerja dan terus ke kelas, aku kagum pada mereka yang sambung belajar peringkat sarjana tapi masih bekerja, kesungguhan itu bergantung pada individu. kata pepatah, hendak seribu daya taknak seribu dalih kan. dan aku nampak kesungguhan Mahesh dalam menyiapkan diri dia untuk sentiasa maju kedepan.

Satu hari dalam kelas Research Methodology, sementara menunggu lecturer masuk, Mahesh sempat bercerita dengan aku yang dia tak cukup tidur sebab satu malam dia nampak satu black shadow dalam bilik dia. dia rasa sangat takut dan ada suara-suara yang membuatkan dia tak selesa. aku nampak dia penat. aku nasihatkan dia untuk jumpa dengan doktor. maklumlah sekarang ni banyak penyakit yang menyerang kita secara senyap. Biar kita mencegah dari awal kan. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Minggu yang sama cuma hari yang berbeza, Mahesh bagitau aku yang dia dah jumpa dengan doktor, apa yang mengejutkan aku ialah apabila doktor  mengesahkan Mahesh mengidap Bipolar Disorder. Ya Rabb, berdetak laju jantung aku waktu tu, tapi Mahesh sangat relax dan bersahaja tanpa mengeskpress apa2 emosi pun. sampai aku cakap kat dia, " Do u know Bipolar Disorder Mahesh??" dan dia jawab YES. Oh Ya Allah, ujian apakah ini untuk dia, baru masuk belajar dan terus di diagnose Bipolar dan dia tunjuk kad Psikiatrik pada aku. aku nak nangis, mata aku dah bergenang. sebab sepanjang aku kenal Mahesh, dia sangat cool, suka senyum, ring ria bila aku buat lawak dan ciri-ciri Bipolar tu langsung aku tak nampak. "How Mahesh?? how?? u depress?? u stress?? i can't believe mahesh, please share with me."desak aku pada mahesh. lagi buatkan aku kagum pasal mahesh, dia cukup tenang cerita apa yang doktor bagitau dia. dia sendiri pun tak percaya. keluarga mahesh mintak dia buat sekali lagi ujian di hospital swasta di utara. harapan aku waktu itu biarlah ujian tu mengatakan yang mahesh bukan pesakit Bipolar Disorder.

Aku terangkan sikit kat sini pasal Bipolar Disorder, selebihnya korang boleh tanya pakcik Google ya. Menurut Dr Noveta Joseph (2018) Bipolar disorder atau yang juga dikenal sebagai gangguan bipolar adalah suatu kondisi mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ekstrem. Hal ini membuat orang yang memiliki gangguan ini dapat berubah perasaan secara tiba-tiba dari sangat bahagia (mania) menjadi sangat sedih (depresi). Sering kali, di antara perubahan keduanya, pasien tetap mengalami kondisi mood yang normal. Saat pasien merasa sedih, ia akan merasa tertekan, kehilangan harapan, dan bahkan dapat kehilangan keinginan untuk melakukan kegiatan sehari-hari. Tetapi saat merasa senang, pasien akan merasa sangat bersemangat dan penuh gairah. Perubahan mood tersebut dapat terjadi beberapa kali dalam setahun. Kondisi jiwa ini dapat menyebabkan rusaknya hubungan pribadi, rendahnya motivasi dan produktivitas di tempat kerja, dan yang lebih buruk lagi dapat menyebabkan perasaan ingin melakukan bunuh diri. Oleh karena itu, orang-orang dengan bipolar disorder sangat disarankan untuk menghubungi bantuan medis saat mengalami perubahan mood yang signifikan. " I tak stress kakak, I tak depress, i'm happy with my job and life" jawab Mahesh pada aku.

Sambil memandu pulang ke rumah,  aku teringat kat Mahesh, apa punca dia jadi macam tu? stress sangat ke dia dalam kelas Research Methodology? stress dengan Dr ferida?? arhhh, macam macam persoalan yang datang kat aku waktu tu. yang paling best, penyelidikan aku pulak mengenai kesihan mental, masalah sosial, kesedaran. kebetulan atau allah dah janjikan untuk aku buat penyelidikan tentang hal ini?? itu semua rahsia Allah. sebaik2 perancang adalah Allah SWT. Aku sambung lagi nanti..

11 april 2020/ engkujaa


Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

Comments

Popular posts from this blog

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SAHABAT

SAHABAT Persahabatan adalah sebuah ikatan dimana antara mereka berkongsi suka dan duka berkongsi hal yang lucu aku rindu padamu sahabat rindu untuk berkongsi segala duka dan suka namun jarak telah tercipta antara kita aku tidak tahu kenapa ia menjauh puas ku tanya pada hatiku namun tidak terungkai persoalan itu lantas aku biarkan ia berlalu hanya doa yang mampu ku titipkan agar sahabatku senantiasa dilimpahi rahmat ilahi aku senang jika kamu bahagia dengan caramu andai sebaliknya moga kamu senantiasa kuat untuk bertahan Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal. Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang. Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku...