Skip to main content

SURVIVOR atau BIJAK??


Sambung belajar di usia 40 satu cabaran yang sangat hebat. namun ini adalah tuntutan bila berada dalam bidang akademik dan mengajar di IPTA. ia bukanlah satu kebanggaan namun tanggungjawab yang perlu dipikul. ada juga yang cakap "wah, syoklah duduk rumah, takyah masuk ofis, tak payah mengadap bebanan kerja hakiki hari2". siapa bilang syok. sama saja. lagi hebat bila dirumah. 24 jam bekerja. sebab tu bila aku cuti belajar aku belajar menghargai pengorbanan suri rumah yang tak pernah berhenti bekerja. hebat mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa. aku salute mereka. 

Jadual aku pun padat. belajar sepenuh masa disaat usia 40, dengan kesihatan yang kurang memberangsangkan membentuk aku untuk belajar mendisplinkan masa. supaya aku bukan orang hantar setiap tugasan saat akhir. masa zaman undergraduate dulu lain. masih lincah, muda remaja, otak pun masih ligat dan cerdas. bagi aku tak sama. sebab aku perlu jadualkan setiap perancangan yang aku nak buat, tambah2 lagi bila berdepan dengan penyelidikan. membaca dan membaca bahan ilmiah perlukan fokus yang tinggi untuk aku. kadangkala nak habiskan satu perenggan pun boleh sampai satu jam. alahai..itu belum nak pergi pada tahap memahami dan analisis lagi. cabaran yang perlu dan wajib hadap. bila datang writter block termenung la depan laptop. tak boleh lama termenung, nanti satu apa pun tak siap. kena cepat avoid perasaan camtu. 

cuma yang aku boleh kongsi, belajar diperingkat postgraduate ni kita kena belajar survivor. sebab diperingkat ni antara kita dengan Allah. sepenuhnya pengantungan kepada DIA yang maha kuasa. bukan sebab kita pandai tapi kerana ketabahan kita untuk hadap buku ilmiah, jurnal yang lepas bukan satu hal yang mudah. mintak dengan Allah sepenuhnya, Insha allah dimudahkan segala urusan. Doakan aku berjaya dunia dan akhirat. amin. 


Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

Comments

Popular posts from this blog

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SAHABAT

SAHABAT Persahabatan adalah sebuah ikatan dimana antara mereka berkongsi suka dan duka berkongsi hal yang lucu aku rindu padamu sahabat rindu untuk berkongsi segala duka dan suka namun jarak telah tercipta antara kita aku tidak tahu kenapa ia menjauh puas ku tanya pada hatiku namun tidak terungkai persoalan itu lantas aku biarkan ia berlalu hanya doa yang mampu ku titipkan agar sahabatku senantiasa dilimpahi rahmat ilahi aku senang jika kamu bahagia dengan caramu andai sebaliknya moga kamu senantiasa kuat untuk bertahan Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal. Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang. Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku...