Skip to main content

PERJUANGAN MAHESH

Entry kali ni masih mangenai sahabat aku, Mahesh babu. Mahesh pelajar Sarjana di sebuah Universiti yang punya ranking terbaik didunia dan Mahesh juga antara calon yang akan menyiapkan sebuah penyelidikan tentang kepentingan sebuah pendidikan. Hebatkan..Mahesh ada bipolar disorder sudah tentu bukan calang-calang insan yang dapat menempuh saat gangguan ini menjadi sebahagian dari hidupnya. Bukan kehendak dia tapi sudah terencana semua ini untuk dia.

Semasa semester sedang berlangsung, aku dan mahesh ada tiga paper yang perlu kami langsaikan. bukan satu hal yang mudah untuk aku yang sudah punya keluarga dan status umur..hahaha..masih muda..baru melangkah 40 tahun. Muda lagi kan. dan tidak mudah juga bagi mahesh yang perlu melawan gangguan jiwa yang merantainya setiap masa. Peringkat postgraduate seperti kami, memerlukan kami menyelidik, mengkaji hipotesis, menyiapkan problem statment, menyediakan propasal yang menentukan hala tuju sebuah penyelidikan. Inilah yang aku ingin kongsi tentang Mahesh. Dia mengharungi setiap kelas dengan tenang, tak pernah lagi aku nampak dia hilang kawalan. tak pernah langsung, sebab tu aku masih terfikir, macam mana mahesh boleh dapat gangguan jiwa ni. Mengapa Mahesh?? Tanpa segan silu, aku tanya perihal bipolar disorder yang sedang ada dalam diri dia. Mahesh akan selalu cerita perihal dia melalui perbualan Whatsapp sebab kami hanya berjumpa 3 kali seminggu di universiti.

Sejak mahesh di diagnosis Bipolar disorder, perkara yang selalu menghantui dia adalah suara-suara yang rancak menyuruh dia lakukan hal diluar batasan. Pernah satu masa, suara tu suruh Mahesh terjun dari Train tetapi mahesh masih boleh lagi rasional dan dia terus buat panggilan  berbual dengan ibunya di kampung. nampak tak?? bagaimana kuatnya dia melawan gangguan ini, korang boleh bayangkan tak suara suara yang bergema di cuping telinga kita. itulah HALUSINASI. Halusinasi inilah yang sentiasa menyerang mangsa yang ada gangguan jiwa, jika kita kental, kita mampu melawan tetapi jika kita berada dalam situasi yang menyerah, suara-suara itu akan mendominasi kita. itu lah yang bahayanya, banyak kan kita baca di media sosial, di suratkhabar tentang pembunuhan, bunuh diri, cederakan diri sendiri dan sebagainya. hal itu merisaukan banyak pihak jika tiada sokongan daripada orang-orang terdekat. Berbeza dengan Mahesh, Mahesh beruntung kerana keluarga dan kawan kawan terdekat sangat membantu mahesh untuk melawan gangguan ini.

Aku sarankan pada Mahesh supaya memaklumkan kepada pensyarah kami agar mereka maklum kondisi Mahesh. mahesh ni kan, walaupun suara-suara tu sering mengganggu aktiviti seharian dia tapi semangat dia untuk selesaikan semua tugasan yang pensyarah bagi sangat membanggakan aku. Dia berjaya siapkan semua tugasan mengikut date line yang telah diberi. Tak semudah itu kot untuk dia lakukan, aku tahu dan faham. oleh kerana keinginan dia untuk menuntut ilmu sangat tinggi, dia berjuang habis habisan untuk kembali pulih. Aku nangis Mahesh, aku nangis sebab semangat yang kau ada. Satu malam, Mahesh hantar pesanan ringkas melalui Whatspp, Mahesh bagitau, suara tu mintak dia terjun dari Apartment rumahnya. Mengucap panjang aku, sedaya upaya aku cuba bagi kata-kata semangat agar Mahesh jangan ikut kata hati dia. aku boleh bayangkan situasi dia waktu itu. Aku menangis Mahesh, kenapa kau dik?? Itu semua rahsia Allah yang tak mampu untuk aku jawab.

Sambung di entry yang seterusnya.

12 April 2020/engkujaa

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SERONOK KE HABIS BELAJAR??

Assalamualaikum sahabat maya, crime partner, my beloved family. Moga kita semua senantiasa dalam perlindungan Allah hendaknya, insha Allah. Lama sangat tak menjenguk kat sini, bersawang dah. actually banyak sangat perkara yang aku nak kongsi dengan kalian semua. alasan tak berkesempatan, itu semua alasan lapuk. Tapi itulah alasan aku pun. Alasan aku yang konkrit adalah aku perlu fokus pada Penulisan tesis aku sebelum nak buat perkara lain. Utamakan kerja hakiki. Alhamdulilah..semuanya selesai seperti mana dalam perancangan aku. Terima kasih ALLAH. KeranaNYA aku mampu menyiapkan tesis dalam masa yang telah aku susun elok-elok. actually bulan april 2021 aku dah submit tesis aku, tapi aku ambil masa beberapa bulan untuk kembali menulis di blog. Selesai saja semua tu, Otak aku betul betul penat. Badan aku apatah lagi. Rasa terkeluar  satu batu besar dalam badan aku ni. aku betul-betul relax sehabisnya. Tinggalkan buku untuk seketika, lupakan laptop untuk sementara waktu. Happy tak momm...