Skip to main content

SERONOK KE HABIS BELAJAR??





Assalamualaikum sahabat maya, crime partner, my beloved family. Moga kita semua senantiasa dalam perlindungan Allah hendaknya, insha Allah. Lama sangat tak menjenguk kat sini, bersawang dah. actually banyak sangat perkara yang aku nak kongsi dengan kalian semua. alasan tak berkesempatan, itu semua alasan lapuk. Tapi itulah alasan aku pun. Alasan aku yang konkrit adalah aku perlu fokus pada Penulisan tesis aku sebelum nak buat perkara lain. Utamakan kerja hakiki. Alhamdulilah..semuanya selesai seperti mana dalam perancangan aku. Terima kasih ALLAH. KeranaNYA aku mampu menyiapkan tesis dalam masa yang telah aku susun elok-elok. actually bulan april 2021 aku dah submit tesis aku, tapi aku ambil masa beberapa bulan untuk kembali menulis di blog. Selesai saja semua tu, Otak aku betul betul penat. Badan aku apatah lagi. Rasa terkeluar  satu batu besar dalam badan aku ni. aku betul-betul relax sehabisnya. Tinggalkan buku untuk seketika, lupakan laptop untuk sementara waktu. Happy tak mommy?? tanya puteri tunggal aku. "Happy sayang, terlampau happy sampai mommy speechless, unbelievable pun ada. Finally mommy berjaya selesaikan pengajian mommy. Alhamdulilah. so now, mommy betul-betul nak rehat". Aku peluk dia kuat-kuat, nak nangis pun ada.  Dia antara insan yang ada dibelakang aku, antara insan yang sentiasa memahami karenah dan ragam aku.  Mommy bersyukur punya anak seperti kamu sayang. Moga kejayaan senantiasa menjadi milik anak mommy..insha Allah. 

Partner is crime...terima kasih kerana selalu ada, terima kasih kerana senantiasa diam bila aku mengadu, terima kasih kerana menghargai, terima kasih kerana memahami, terima kasih atas kasih dan perhatian. Moga Allah sentiasa lapangkan segala kesulitan u. Hanya Allah yang dapat membalas setiap keringat, lelahmu, jasamu, kasihmu..hanya Allah. I hanya mampu berdoa agar u senantiasa dalam dakapan cinta Allah hendaknya. 

Panjang mukadimah aku kan..maaf ler..hihi..kita bagi perghargaan dulu la kan, tanda terima kasih kita. tak rugi pun ucap terima kasih, malah kita rasa happy sangat sebab apa yang kita buat dan lakukan, ada insan-insan yang rapat dengan kita menghargainya. Walaupun Nilai itu tidak besar tapi cukup memberi makna kan. ok..ok..nanti lari pulak content aku ni.

Sebenarnya dalam hidup ni, tak pernah ada istilah tamat dalam menuntut ilmu, sebab setiap hari kita belajar sesuatu yang bernilai dari orang sekeliling kita. Sama ada dalam bentuk formal atau tidak. betul kan?? itu pendapat aku. Bulan April lepas aku dah selesaikan pengajian aku di peringkat Postgraduate, boleh kata, tunggu untuk konvokesyen je la, insha Allah. Lega yang amat sangat tau. Sebab tiga bulan sebelum tu, aku bergelumang dengan buku, artikel siang dan malam. Rehat, tidur, Makan entah kemana dah, semua dah jadi tunggang terbalik. Nasib tesis aku tak ikut terbalik jugak. Demi menyelesaikan sebuah perjuangan dalam akademik. Bukan senang, rasa nak muntah hijau mengadap buku yang tebal, artikel yang menimbun, naik berpinar mata mengadap laptop siang dan malam. Alhamdulilah, Allah bagi aku kekuatan yang luar biasa. Semangat aku tinggi tau, puji la diri sendiri supaya adik-adik, pelajar-pelajar kat luar sana punya semangat yang sama macam aku. Aku bukan muda pun lagi, belajar di kala usia 40 an ni memang mencabar dan menguji minda tau. Tapi dengan izin Allah semua tu. Tahun ni aku 41 tahun, alhamdulilah selesai di pertengahan usia. Jadi tidak ada alasan untuk kalian yang muda-muda untuk terus berjuang dalam menimba ilmu ok. 

Tidak rugi menuntut ilmu, malah menyeronokkan lagi sebab setiap buku yang kita teroka terdapat pelbagai ilmu yang selama ini kita tak tahu pun. Percayalah, bila kita dapat tau satu perkara bagi merungkai setiap persoalan, kita akan terus mencari hinggalah kita dapat buat kesimpulan tentang pencarian kita. Perjalanan ini memang susah tapi aku suka sebab dałam perjalanan ni, banyak memberi aku pelajaran baru, pengajaran yang menjadikan kita seorang pemikir, menaikkan motivasi dan yang penting perjalanan ini memberi ruang untuk aku mengenal diri dan juga Pencipta aku. Subhanallah..hebat sangat. Perjalanan yang sangat menarik walau aku perlu tempuh perkara-perkara yang menyakitkan tapi aku masih boleh bangkit dan terus bangkit. Antaranya, sepanjang menulis, hal yang aku Temui adalah setiap perkara yang ingin dibangkitkan dalam Penulisan mestilah ada fakta dan kesahihanya. untuk dapatkan itu, aku perlu menelaah buku buku yang berkaitan dengan kajian aku, bukan 1 bukan dua ok..berpuluh-puluh buku, pernah jugak aku tak jumpa satu pun apa yang aku nak. Stress, fed up semua datang, menangis sorang2 itu perkara biasa. Namun..aku cuba sampai aku dapat apa yang aku nak. putus asa? Sekejap aje, lepas aku sembang dengan supervisor aku, hilanglah rasa putus asa tu. sambung lagi..itulah rutin setiap hari sepanjang aku belajar. Nanti aku kongsi sedikit tips dan pengalaman sepanjang aku melaksanakan penyelidikan di musim pandemik.

To be continue.....






Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan

SELAMAT DATANG 2020

Assalamualaikum..semogo Allah merahmati kita semua dalam kasih sayangNYA. Selawat buat Rasullah SAW. Selamat datang 2020..begitu cepat masa berlalu. masih terngiang wawasan ini sewaktu bangku sekolah..penuh dengan fantasi tentang 2020. bersama dengan Kawan kawan bersembang tentang impian bila sampai waktunya. pada waktu tidak dapat dibayangkan bagaimana datangnya tahun 2020, adakah kereta akan terbang diudara atau semua penuh dengan robot..itulah indahnya bila imaginasi terlalu tinggi membayangkan tahun yang penuh dengan wawasan. Sekarang 2020..saat aku sedang menulis ini, sambil menonton Netflik, melayani drama bersiri The Blacklist, kisah criminal, terorist, conspiracy dan penuh debaran dan hari ni tanggal 4 januari 2020. Tiada kereta tebang diudara, yang ada hanyalah duit yang berterbangan kerana nilai mata wang seakan tiada Nilai langsung. mungkin inilah cabaran dan wawasan 2020. Gerun bila difikirkan kerana tuntutan hidup menjadi leb...

BIPOLAR DISORDER

Mahesh..seorang sahabat...classmate postgraduate..adik..kisahnya aku  kongsi untuk bagi inspirasi bagi yang kecewa dalam hidup, putus asa dan sebagainya. aku lihat kekuatan yang luar biasa pada mahesh.  Dalam jurnal kali ni aku nak berkongsi kisah seorang sahabat aku yang kini sedang berjuang melawan Bipolar Disorder dan juga Skrizofenia Afektif ( yang baru dikenalpasti oleh Pakar) sebelum aku menulis tentang dia, aku terlebih dahulu aku mintak izin dari dia untuk berkongsi pengalaman ini dalam jurnal  aku supaya dapat menjadi inspirasi bagi mereka yang mengidap penyakit ini dan juga yang sedang mengalami tekanan atau silent depression. Moga kisah ini dapat memberi manfaat kepada semua yang baca dari awal sampai habis ya. Aku namakan dia Mahesh babu (bukan nama sebenar), kenapa Mahesh babu??? hahaha..sebab aku minat pelakon telugu ni la so aku namakan lah sahabat aku ni Mahesh babu.  Mahesh ni keturunan india, asal dari negeri utara sana. dia bekerja di sebuah syarik...