Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

BELAJAR ITU INDAH

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum Semoga perjalanan kita sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi hendaknya.  Sekarang Aku sedang bercuti belajar. seronok?? ada yang seronok sebab kita tak perlu fikir soal kerja yang entah bila akan selesai. Takda yang tak seronok dalam cuti belajar ni. semuanya indah jika kita punya perancangan setiap apa yang kita nak buat. bagi aku inilah masa untuk aku buat perkara yang selama ni terlepas pandang, terutama untuk family aku. Alhamdulilah..rezeki allah tak pernah salah alamat kan. Apa yang best sangat belajar?? tak penat ke belajar sampai peringkat Sarjana. Nak kejar apa? Pangkat? Status? Gelaran? Semua tu impian setiap manusia, lumrah manusia, yang tak lepas dari mengejar impian. sama macam aku. bila kita dalam dunia pendidikan, sambung belajar itu adalah satu kewajipan, supaya kita sentiasa dapat ilmu yang baru untuk mendidik dan mengajar generasi yang kian berkembang. Tak penat?? p...

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal. Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang. Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku...

JATUH CINTA

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Satu hari..aku bicara pada Allah. aku tak perlu seseorang yang hebat dalam banyak hal. Tuhan..beri aku lelaki yang setia yang menghargai cinta dan lakukan aku dengan baik sebagaimana dia manjaga hati bondanya. Aku tahu ,tidak semua hari akan indah dan mudah untuk itu, aku mohon.. jangan pernah ajarkan aku bagaimana mengalah. Aku jatuh cinta pada takdirku.. engkujaa/us/2.30am

SEMBURIT

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Assalamualaikum alam maya...moga sentiasa dalam rahmat  Allah hendaknya. SEMBURIT?? Jujur, Aku baru tahu perkataan itu, seperti jakun tapi terus terang aku baru kenal, mengerti dan tahu. Nampak sangat aku tidak menelaah kamus Dewan dengan teliti. Menulis perkataan SEMBURIT itu sangat mudah, menyebutnya apatah lagi kan?? Tapi melakukan?? sebegitu mudah juga??  Aku tidak ada jawapan. kamu boleh menjawab soalan aku. Pendapat aku dan kamu mungkin berbeza, interpretasi aku dan kamu juga berbeza. Tekaan aku dan kamu juga berbeza. Tiada guna berbalah tentang isu #SEMBURIT!! kerana pada akhir pendebatan, kita akan menunding Jari untuk menyatakan siapa benar siapa salah. Lebih baik kita memerhati dan berfikir. Aku bukan orangnya untuk berbahas tentang isu SEMBURIT. Ada yang lebih arif, aku Hanya ingin menulis apa yang aku rasa aku perlu tulis, sebab perkataan ini baru bergegar dibenak aku. Moga...

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan