Skip to main content

BELAJAR ITU INDAH

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum


Semoga perjalanan kita sentiasa dilimpahi rahmat Ilahi hendaknya. 

Sekarang Aku sedang bercuti belajar. seronok?? ada yang seronok sebab kita tak perlu fikir soal kerja yang entah bila akan selesai. Takda yang tak seronok dalam cuti belajar ni. semuanya indah jika kita punya perancangan setiap apa yang kita nak buat. bagi aku inilah masa untuk aku buat perkara yang selama ni terlepas pandang, terutama untuk family aku. Alhamdulilah..rezeki allah tak pernah salah alamat kan.

Apa yang best sangat belajar?? tak penat ke belajar sampai peringkat Sarjana. Nak kejar apa? Pangkat? Status? Gelaran? Semua tu impian setiap manusia, lumrah manusia, yang tak lepas dari mengejar impian. sama macam aku. bila kita dalam dunia pendidikan, sambung belajar itu adalah satu kewajipan, supaya kita sentiasa dapat ilmu yang baru untuk mendidik dan mengajar generasi yang kian berkembang. Tak penat?? pernah juga orang tanya, tapi jawapan aku mudah saje, semua yang kita lakukan dalam dunia ni semuanya penat, sebab masa yang betul betul kita rehat, selepas kita pejamkan mata dan mengadap Sang Pencipta, itulah masa untuk istirehat dari hal dunia.

Actually, aku nak berkongsi Perjalananan aku yang sedang belajar di usia hampir 40 an ni. muda lagi kan. sangat berbeza dengan ambil diploma dan degree. ini yang aku lalui sendiri  menulis berdasarkan pengalaman sendiri itu lebih manis kan. perjalanan belajar di peringkat sarjana adalah perjalanan seorang diri, sebab takda Kawan kawan yang nak seronok dan enjoy. aku ke library pun sorang diri, terkial2 juga sebab sekarang ni semua sistem scan, canggih, so aku kena hadap semua tu untuk dapatkan ilmu.  belajar dari mereka yang lebih muda. kita kena letak satu perkara dalam minda kita, jangan EGO, andai kita EGO, kita takkan dapat satu ilmu pun dari mereka. kadang-kadang, yang lebih muda lebih bijak dari kita yang semakin hari dimamah usia, jangan malu untuk tanya. 

Apa yang indahnya, kalau semua kena lalui sendiri?? yang indahnya sebab perjalanan ni, aku mintak dengan Allah sebab aku tau, aku tak mampu untuk buat semua ni sebab kesihatan aku pun bukannya mengizinkan sangat tapi kerana Allah yang sentiasa ada, insha allah mudahlah dan indahlah semua yang aku kerjakan. saat inilah aku belajar mengenal Allah, Rasul dan diri aku sendiri. Hebat sangat jika semua apa yang kita lakukan, kita bergantung sepenuhnya dengan Allah, inilah yang aku rasa sekarang, betul kan, hidayah itu milik Allah, bukan milik manusia. Perancangan Allah itu sangat hebat, kita tak kan duga mana kekuatan yang kita dapat. sudah tentu dari Allah. 

Solat. yes, itulah yang akan menolong dalam apa yang kita nak kerjakan. dalam solat kita boleh mintak apa saje yang kita nak dengan allah. cuma lambat atau cepat sahaja. samada kita sabar atau tidak. sesungguhnya, inilah yang aku rasa bila dalam solat. aku nak bagitau dunia yang solat itu akan buat kita tenang, buat kita gembira dengan apa yang kita kerjakan, sebab..bila kita belajar sampai tahap ni, bertimbun buku yang perlu kita baca. aku pun Tak sangka yang aku boleh mengadap buku setiap hari tanpa jemu, sebab itu dengan pertolongan allah. adik-adik yang sedang belajar, tak kira lah peringkat mana pun korang belajar, TOLONG JANGAN TINGGAL SOLAT, kerana keindahan itu allah yang limpahkan untuk kita. 

Rasullah SAW pun ada pesan kat umatnya. Belajarlah sampai ke negara China. dalam maksudnya. selamilah dengan hati yang tenang. 

bersambung



Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.


Comments

Popular posts from this blog

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SERONOK KE HABIS BELAJAR??

Assalamualaikum sahabat maya, crime partner, my beloved family. Moga kita semua senantiasa dalam perlindungan Allah hendaknya, insha Allah. Lama sangat tak menjenguk kat sini, bersawang dah. actually banyak sangat perkara yang aku nak kongsi dengan kalian semua. alasan tak berkesempatan, itu semua alasan lapuk. Tapi itulah alasan aku pun. Alasan aku yang konkrit adalah aku perlu fokus pada Penulisan tesis aku sebelum nak buat perkara lain. Utamakan kerja hakiki. Alhamdulilah..semuanya selesai seperti mana dalam perancangan aku. Terima kasih ALLAH. KeranaNYA aku mampu menyiapkan tesis dalam masa yang telah aku susun elok-elok. actually bulan april 2021 aku dah submit tesis aku, tapi aku ambil masa beberapa bulan untuk kembali menulis di blog. Selesai saja semua tu, Otak aku betul betul penat. Badan aku apatah lagi. Rasa terkeluar  satu batu besar dalam badan aku ni. aku betul-betul relax sehabisnya. Tinggalkan buku untuk seketika, lupakan laptop untuk sementara waktu. Happy tak momm...