Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

SAHABAT

SAHABAT Persahabatan adalah sebuah ikatan dimana antara mereka berkongsi suka dan duka berkongsi hal yang lucu aku rindu padamu sahabat rindu untuk berkongsi segala duka dan suka namun jarak telah tercipta antara kita aku tidak tahu kenapa ia menjauh puas ku tanya pada hatiku namun tidak terungkai persoalan itu lantas aku biarkan ia berlalu hanya doa yang mampu ku titipkan agar sahabatku senantiasa dilimpahi rahmat ilahi aku senang jika kamu bahagia dengan caramu andai sebaliknya moga kamu senantiasa kuat untuk bertahan Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

SURVIVOR atau BIJAK??

Sambung belajar di usia 40 satu cabaran yang sangat hebat. namun ini adalah tuntutan bila berada dalam bidang akademik dan mengajar di IPTA. ia bukanlah satu kebanggaan namun tanggungjawab yang perlu dipikul. ada juga yang cakap "wah, syoklah duduk rumah, takyah masuk ofis, tak payah mengadap bebanan kerja hakiki hari2". siapa bilang syok. sama saja. lagi hebat bila dirumah. 24 jam bekerja. sebab tu bila aku cuti belajar aku belajar menghargai pengorbanan suri rumah yang tak pernah berhenti bekerja. hebat mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa. aku salute mereka.  Jadual aku pun padat. belajar sepenuh masa disaat usia 40, dengan kesihatan yang kurang memberangsangkan membentuk aku untuk belajar mendisplinkan masa. supaya aku bukan orang hantar setiap tugasan saat akhir. masa zaman undergraduate dulu lain. masih lincah, muda remaja, otak pun masih ligat dan cerdas. bagi aku tak sama. sebab aku perlu jadualkan setiap perancangan yang aku nak buat, tambah2 lagi bila berdep...

Permata Terindah

Permata terindah Wahai kecintaan mommy dan Dady moga kamu senantiasa dalam lindungan rahmat Allah tiap saat mommy titipkan doa agar kamu berjaya dalam dunia dan akhirat. Puteri tunggal mommy kejayaan bukan diukur di atas kertas tapi kejayaan yang sebenar  apabila kamu memahami erti kehidupan Teruslah belajar dan belajar sayang usahlah takut dengan kesilapan dari kesilapan kamu belajar kejayaan yang sebenar. Mommy dan Dady sentiasa ada.. tanamkan dalam hatimu kecintaan pada Allah, Rasullah dan Al-quran itulah pendamping yang terhebat. Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

PERJUANGAN MAHESH

Entry kali ni masih mangenai sahabat aku, Mahesh babu. Mahesh pelajar Sarjana di sebuah Universiti yang punya ranking terbaik didunia dan Mahesh juga antara calon yang akan menyiapkan sebuah penyelidikan tentang kepentingan sebuah pendidikan. Hebatkan..Mahesh ada bipolar disorder sudah tentu bukan calang-calang insan yang dapat menempuh saat gangguan ini menjadi sebahagian dari hidupnya. Bukan kehendak dia tapi sudah terencana semua ini untuk dia. Semasa semester sedang berlangsung, aku dan mahesh ada tiga paper yang perlu kami langsaikan. bukan satu hal yang mudah untuk aku yang sudah punya keluarga dan status umur..hahaha..masih muda..baru melangkah 40 tahun. Muda lagi kan. dan tidak mudah juga bagi mahesh yang perlu melawan gangguan jiwa yang merantainya setiap masa. Peringkat postgraduate seperti kami, memerlukan kami menyelidik, mengkaji hipotesis, menyiapkan problem statment, menyediakan propasal yang menentukan hala tuju sebuah penyelidikan. Inilah yang aku ingin kongsi tentang ...

BIPOLAR DISORDER

Mahesh..seorang sahabat...classmate postgraduate..adik..kisahnya aku  kongsi untuk bagi inspirasi bagi yang kecewa dalam hidup, putus asa dan sebagainya. aku lihat kekuatan yang luar biasa pada mahesh.  Dalam jurnal kali ni aku nak berkongsi kisah seorang sahabat aku yang kini sedang berjuang melawan Bipolar Disorder dan juga Skrizofenia Afektif ( yang baru dikenalpasti oleh Pakar) sebelum aku menulis tentang dia, aku terlebih dahulu aku mintak izin dari dia untuk berkongsi pengalaman ini dalam jurnal  aku supaya dapat menjadi inspirasi bagi mereka yang mengidap penyakit ini dan juga yang sedang mengalami tekanan atau silent depression. Moga kisah ini dapat memberi manfaat kepada semua yang baca dari awal sampai habis ya. Aku namakan dia Mahesh babu (bukan nama sebenar), kenapa Mahesh babu??? hahaha..sebab aku minat pelakon telugu ni la so aku namakan lah sahabat aku ni Mahesh babu.  Mahesh ni keturunan india, asal dari negeri utara sana. dia bekerja di sebuah syarik...