Skip to main content

ADAKAH KITA MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN


Assalamualaikum. Alhamdulilah masih di beri ruang bernafas. Terima kasih Allah. 

Dalam situasi sekarang, ramai yang terkesan akibat pandemik, ramai yang susah, banyak syarikat dan hotel-hotel terpaksa tutup dan gulung tikar. Lagi kesian pada mereka yang mencari rezeki di situ. kehilangan sumber pendapatan buat masa sekarang, sangat-sangat memberi impak yang besar pada mereka. Bila perkara ini berlaku, adakah masing-masing memahami situasi yang sedang mereka hadapi. atau sekadar bercakap-cakap sana sini tanpa ada tindakan. itu lagi parah kan. kata memahami tapi di abaikan, dibiarkan..hanya sekadar bercerita tentang kesusahan. 



Entry kali ini hanya sekadar pandangan, pendapat, curahan rasa tentang memahami antara satu sama lain. Adakah kita sudah cukup memahami orang sekitar kita, pasangan kita, keluarga kita atau Negara yang kita cintai?? Cuba kalian tanya diri kalian, adakah aku sudah cukup memahami? Itulah persoalan yang selalu terlintas dalam benak fikiran aku. Adakah selama aku hidup aku memahami dan cuba memahami?? Jawapan aku, kadangkala aku memahami, kadangkala aku tidak mahu memahami. Aku pun tiada jawapan kenapa tidak mahu memahami. Tiada sebab. aku tidak mahu terlalu banyak membuat alasan hingga aku tak tahu yang mana satu alasan yang mana satu kewajipan. 

Sejak seluruh dunia di timpa wabak #covid19 banyak peristiwa yang terjadi pada kita semua. Hal yang kita sendiri tidak terjangka. Dari situ aku mula kenal dan berkawan dengan memahami antara satu sama lain. Memahami setiap perkara yang lalu di depan mata bukan satu hal yang mudah. Ya, bila bercakap mudah tapi bila disusuli dengan tindakan dan perasaan itulah yang membungkam jiwa kita sendiri. Sebenarnya banyak hal selama ini tanpa kita sedari pun menjadikan kita seorang yang tidak peka pada keadaan sekeliling. Aku sedih, sebak..sebab selama ini aku rasa aku adalah orang yang cukup memahami orang lain tapi rupanya tidak. Tanpa kita sedari. 

Hal yang paling jelas, adakah kita memahami kenapa Allah turunkan ujian ini pada kita semua??  Jika kita terlalu banyak mempertikaikan tanpa merenung ujian ini dengan serendah jiwa kita, maknanya kita belum memahami siapa kita. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila percaya akan qadak dan qadar Allah bermakna kita memahami bahawa ujian ini adalah sebuah teguran dari Allah pada kita. Kerana selama ini kita terlalu leka dengan kerja, hobi, cita-cita, lifestyle, merungut macam macam perkara tanpa ada rasa syukur pada nikmat yang Allah kurniakan. Itu bermakna Allah sayang kita, Allah nak melihat kita sujud dan meminta-minta denganNYA. Tapi kadangkala kita lupa. Ya..kadangkala aku lupa, lupa untuk ucap alhamdulilah, ucap terima kasih pada pencipta. Terlalu sibuk mengejar hal duniawi hingga terpinggir hal yang lebih abadi. aku tak memahami kehendak jiwa aku, sedangkan aku tahu..jiwa aku senantiasa resah dan kosong. Dek kerana tidak memahami kita mula mempertikaikan itu dan ini, salahkan orang itu dan ini. Setiap saat aku cuba belajar untuk memahami setiap perkara yang berlaku di sekeliling aku. Kadang-kadang sakit tapi aku rempuh dan langgar supaya aku menjadi orang yang paling memahami. Aku akan sentiasa cuba dan cuba.
















Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH BERMULA DISINI

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Kisah Bermula disini, pernah menulis pelbagai cerita satu waktu dulu tapi terpaksa berhenti Kerana blog ini di godam. kini kembali dengan seribu cerita. Kisah kita tidak pernah berakhir selagi Allah masih meminjamkan nyawa dibumi yang Indah. Kisah kita berbeza, cukup dengan rencah dan rasa yang kita sendiri yang ciptakan. Allah penentu segalanya tapi kita lah perancangnya. kisah kita tidak selamanya mudah tanpa usaha yang gigih. Allah telah sediakan landasan untuk kita melangkah. Aturan yang terbentang ada dalam tandan kita, baik pilihan kita..maka baiklah jadinya, andai sebaliknya yang kita pilih..jadilah kita seperti itu. Nikmatilah kısah ini dengan berlapang hati. -saat aku ditinggalkan

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SERONOK KE HABIS BELAJAR??

Assalamualaikum sahabat maya, crime partner, my beloved family. Moga kita semua senantiasa dalam perlindungan Allah hendaknya, insha Allah. Lama sangat tak menjenguk kat sini, bersawang dah. actually banyak sangat perkara yang aku nak kongsi dengan kalian semua. alasan tak berkesempatan, itu semua alasan lapuk. Tapi itulah alasan aku pun. Alasan aku yang konkrit adalah aku perlu fokus pada Penulisan tesis aku sebelum nak buat perkara lain. Utamakan kerja hakiki. Alhamdulilah..semuanya selesai seperti mana dalam perancangan aku. Terima kasih ALLAH. KeranaNYA aku mampu menyiapkan tesis dalam masa yang telah aku susun elok-elok. actually bulan april 2021 aku dah submit tesis aku, tapi aku ambil masa beberapa bulan untuk kembali menulis di blog. Selesai saja semua tu, Otak aku betul betul penat. Badan aku apatah lagi. Rasa terkeluar  satu batu besar dalam badan aku ni. aku betul-betul relax sehabisnya. Tinggalkan buku untuk seketika, lupakan laptop untuk sementara waktu. Happy tak momm...