Skip to main content

HELLO MARCH

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.




Assalamualaikum, dah lama tak menulis di blog. dulu rajin sangat tulis dan review macam-macam perkata. tapi bila blog lama digodam oleh hackers yang tak punya hati dan perasaan mood aku terus turn off nak menulis. Banyak pengalaman jelajah negara orang dalam blog. tapi apa nak buat kan. usah dikeluh, bila dikeluh boleh buat hati sakit. bila hati mula sakit hidup pun tak tenang. kita maafkan lah orang-orang yang cuba menjadi hackers handalan. moga mendapat rahmet dari Allah hendaknya.

Mac 2021, cepat kan masa berlalu. pejam celik dah nak abis dah aku belajar. subhanallah..tak Percaya, tapi inilah hasilnya dari saber dan tekun. dengan izin Allah hendaknya. semuanya berlaku dengan izinNYA. tanpa restu Allah aku tidak akan capai ini semua. segala puji dan syukur aku panjatkan padamu sang khaliq atas rahmat dan memudahkan perjalanan pengajian aku.

seronok bila nak menulis bab pengalaman ni. sebab kita akan berkongsi segala suka dan duka. moga akan dapat manfaat untuk orang lain. tapi bukan di entry ini ya. aku perlu masa kerana ceritanya Indah. indah tak bermakna sentiasa manis kan. dalam pahit ada keindahannya dan kemanisannya. ibarat kita minum kopi. aduhaii aku rindu kopi. aku memang coffe lover. tapi atas saranan doktor dan kesihatan yang tidak memberangsangkan aku perlu stop minum coffe. Rindu santa dengan aroma coffe tapi apakan daya. demi kelangsungan hidup aku perlu stop. moga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang untuk aku dan kita semua.

ok. cerita pasal Mac. sangat istimewa buat family kecil aku. Mac..annevessary aku dan Daddy zara, hari lahir aku dan juga hari lahir puteri tunggal kesayangan aku. kebiasaanya Mac bulan yang paling zara nantikan, sebab Mac adalah hari dia. dah besar dah anak dara aku tu. 27 mac ni gênap 11 tahun. cepat kan. rasanya baru semalam mommy lahirkan awak. pengalaman yang tak akan mommy lupakan saat-saat kelahiran awak. sakit itu hanya Allah saja maha mengetahui. tapi nikmatnya tidak terungkap dengan kata-kata. 

sayang...mommy selalu doakan awak dunia dan akhirat. moga awak sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah hendaknya. my dear anak, pengorbanan awak masa mommy belajar terlalu banyak. maafkan mommy kalau ada hal yang mengguris hati awak. insha allah mommy akan sentiasa sediakan yang terbaik untuk awak agar menjadi bekal di akhirat kelak.

U..anak u dah meningkat remaja. dah matang bila bercerita. yang penting anak u dah pakai tudung tau, tanpa paksaan sesiapa. bila i tanya kenapa tergerak hati nak pakai tudung. zara jawab, dia tak nak u kena seksa bila zara tak tutup aurat. ya allah..sebaknya hati i dengar. dengan rela bati dia melangkah ke satu fasa yang membanggakan i. perjalanan ini sannat indahkan. moga zara sentiasa dilindungi akhlak dan imannya. 

itulah istimewanya Mac. kelahiran aku tak penting tapi dia tétap akan celebrate juga. tapi tahun ni dia gelak sebab this year mommy 41 years old..alahai..angka just angka. hanya perubahan nombor sahaja.

ok guys..to be continue ok. 

engkujaa 4mac2021


Comments

Popular posts from this blog

CATATAN HOMELESS SURVIVOR : SEBUAH PENGENALAN

Bismillahhirahmanirahim Semoga kita semua dalam lindungan rahmat Allah sentiasa. catatan kali ingin aku berkongsi pengalaman dalam menyelidiki homeless atau gelandangan di Kuala Lumpur. Tidak adil rasanya menilai mereka tanpa kita mengetahui mengapa mereka terdampar dikaki lima. pengalaman yang sangat panjang dan menarik untuk aku tulis. mungkin pada dasarnya mereka ini memberi pandangan yang buruk pada ibukota Kuala Lumpur. terdampar di kaki lima, mengharap bantuan makanan dan duit daripada orang ramai. namun, mereka juga seperti kita, Tidak minta untuk terdampar di situ. oleh kerana desakan hidup yang membebankan dan ekonomi yang semakin mencengkam manusia hari ini membuatkan mereka tiada pilihan. Hati aku tergerak untuk membuat penyelidikan dan menyelami psikologi homeless atas keperihatinan aku sebagai manusia yang sentiasa melihat mereka yang dalam kedaifan. aku Tidak punya wang berjuta untuk membantu mereka tapi sedikit yang aku ...

SAHABAT

SAHABAT Persahabatan adalah sebuah ikatan dimana antara mereka berkongsi suka dan duka berkongsi hal yang lucu aku rindu padamu sahabat rindu untuk berkongsi segala duka dan suka namun jarak telah tercipta antara kita aku tidak tahu kenapa ia menjauh puas ku tanya pada hatiku namun tidak terungkai persoalan itu lantas aku biarkan ia berlalu hanya doa yang mampu ku titipkan agar sahabatku senantiasa dilimpahi rahmat ilahi aku senang jika kamu bahagia dengan caramu andai sebaliknya moga kamu senantiasa kuat untuk bertahan Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.

PERJALANAN YANG PANJANG

Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita. Setiap hari adalah hari yang indah andai kita yang mencorakkan dengan rasa dan jiwa. Rasa dan jiwa itu datang tatkala kita redha dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Tidak mudah tapi andai dengan doa maka Allah perkenankan, kerana tiada jalan mudah untuk kita mencapai keinginan tanpa usaha, doa dan juga tawakal. Mencipta rasa itu nikmat kerana dalam rasa itu terbentang perjalanan yang panjang. Dalam perjalanan itu kita ditemani kesepian yang Amat sangat, andai tiada kekuatan..maka pincanglah hari-hari itu. Jika kekuatan yang kita ada, yang deras mampu kita tepis dengan tenang. Bicara tentang perjalanan ini menjadikan aku seorang pemikir. Memikirkan tentang banyak perkara yang tergantung tanpa jawapan. Perjalanan untuk menjadi seorang yang baik disisi Allah di susuli dengan ujian yang hebat. Aku tidak menyesali perjalanan ini, kerana dijalanan ini aku lebih mengenali siapa aku...