Assalamualamualaikum and have nice day for all my friend. hope you all in good health. take care and stay at home ok. if u work or business type please be careful ok. so now i want to share my experiences. the first time I got an offer to continue studying and was fully sponsored by where I work is a very exciting thing. Sebab ia mengujakan aku adalah tak semua orang dapat menikmati hal ini. Alhamudulilah. rezeki tak akan pernah salah alamat. but in that time, I thought, can I afford it? go through all the tests and obstacles? study postgraduate level is not an easy thing. a lot of things I need to complete mentally and physically. namun nekad aku tinggi. aku tawakal, mohon pada Allah agar dimudahkan segalanya.
Insha allah aku boleh. itu yang aku pegang since 2018. Allah ada. itu aje yang selalu aku remind kat diri. sebab bila belajar peringkat ini, kau tak perlu kawan2 pun macam kita belajar undergraduate. peringkat ini adalah di mana peringkat kita dengan sang khaliq. kita usaha, doa, tawakal pada Allah. masa ni lah aku banyak muhasabah diri aku. once aku dah start cuti, once aku dah jejak kaki ke Universiti yang punya ranking terbaik di Dunia. aku kena tekad. ini bukan main-main. aku cabar diri aku walaupun aku rasa masa tu aku tak mampu. namun atas doa-doa orang yang sentiasa ada dengan aku mendorong aku untuk terus berjuang.
Buku dan aku bukan satu hal yang asing pun. sebab kerjaya aku memang perlu untuk mengadap bahan-bahan ilmiah. namun kali ni berbeza. bezanya..bila mengajar kita dah forte dengan apa yang kita nak ajar, tapi bila belajar, aku perlu menelaah buku-buku yang menjurus pada topik yang aku nak buat dalam research aku. sebagai student postgrad, perkara pertama yang aku perlu buat masuk class research methodology. semester 1, aku amek tiga paper. agak strugle jugak. aku ambil mixmode so ada ada kuliah dan exam hanya presentation dan tugasan. tapi itu bukan mudah ok. tiga paper tu pun sangat berat untuk aku. semester 1 aku ambil research methodology, theatre in education, philosophy. itu dia..semuanya paper yang sangat mencabar keintelektualan aku.
dalam masa yang sama, aku dah kena fikir, topik apa yang aku nak buat dalam research aku, aku dah kena standby proposal untuk aku present. semuanya ligat dalam otak aku waktu tu. tapi aku beruntung sebab lecturer aku sangat membantu dalam proses semester ni.
First time masuk class research methodology, aku letakkan diri aku dalam gelas kosong. aku cuba avoid yang aku ni lecturer. sebab sekarang ni aku adalah PELAJAR. so aku kena belajar sesuaikan diri aku di mana tempat aku belajar. itu yang babah selalu pesan. pesan babah " bila pergi tempat orang, jangan tunjuk kita punya segalanya. jangan sesekali tunjuk kepandaian kita, belajar dari budaya dan ilmu orang lain,". pesan yang aku bawak hingga ke hujung Dunia. lecturer yang ajar research ni dari Iran. Dr. ferida. cantik dan lembut orangnya. dan dr ferida sangat cerewet dalam setiap tugasan yang dia bagi. sometime buat aku pening jugak. but i will take positive. class research paling banyak assignment yang kena şiapkan. sebab dalam kelas research ni aku belajar untuk develop proposal untuk dibentangkan nanti dihadapan panel2 semua.
untuk subjek kedua pulak, theatre in education. dalam kuliah ni aku banyak belajar mengenai psikologi, so mula dari sini timbul minat aku untuk explore teori-teori tentang Psikologi. best sangat ok. sebab masa tu aku mampu kenal diri aku. selama ni sibuk dengan kerja, sibuk mengajar sampai aku lupa apa keperluan yang penting untuk diri sendiri pun aku tak tahu. itulah hikmatnya sambung belajar. patutlah Rasullah SAW pun ada pesan "belajarlah kamu hingga ke negeri china". kenapa china? korang tahu tak kenapa Rasullah kita suruh kita belajar sampai ke china. serius, sebelum ni pun aku tak tahu masksud Rasullah. tapi bila aku baca dan baca banyak buku. aku jumpa sebabnya. Sebab di negeri china Bermula segala sistem pendidikan yang terdapat banyak ilmu kat sana, ilmu angkasa, ilmu perubatan dan macam2 lagi ilmu yang hebat ada di china. agama islam juga turut berkembang di sana. indahkah bila kita membaca. seperti kita meneroka seluruh Dunia.
nampak tak kat situ. Rasullah SAW pun suka dan cinta pada orang menuntut ilmu. kerana ilmu tidak akan pernah kurang dalam diri kita selagi kita sebarkan pada orang lain dan kita amalkan. insha allah. dengan izin dan restu sang Khaliq. berbalik pada class theatre in education tadi. class ni banyak mendedahkan tentang Psikologi untuk pendidkan kanak, remaja. dan juga bagaimana theatre itu boleh memberi pengajaran pada mereka. sangat menarik. bukan sebab class ni memang dalam bidang aku. tapi aku belajar sesuatu yang baru. sesuatu yang baru tu adalah untuk aku sentiasa menjadi seorang yang optimism.
so class ni pun kena banyak membaca. nama pun belajar kan. gambar buku kat atas tu. itu baru separuh..kang kalau tunjuk pengsan pulak nanti. biar aku sorang je la pengsan. korang baca je dan hayati je journey aku. tak suka takpa. aku ok jęk. sebab aku menulis bukan untuk orang suka, tapi aku perlu menulis supaya ada ilmu yang aku belajar untuk sebarkan agar mendapat manfaat apa yang aku belajar. mencari keberkatan. so dalam theatre in education, aku belajar bagaimana untuk menggunakan kaedah bagi menarik kanak-kanak atau remaja untuk belajar. belajar tu bukan mengadap buku 24 hours. bermain tu pun belajar, berlakon tu pun kira belajar. melukis tu pun belajar. sometime masyarakat faham bila belajar tu mesti nak kena mengadap buku jęk.
salah fahaman tu. pengalaman yang kita harap hari-hari pun adalah pelajaran. banyak yang kita belajar daripada kehidupan seharian kita kan. dalam imam al Ghazali pun ada cakap. kanak-kanak pada peringkat umur 2 tahun hingga 12 tahun adalah peringkat bermain. so bermain tu adalah belajar cara mereka. bagaimana kita nak menarik minat mereka. bagaimana kita nak ajar mereka tentang fokus, ajar mereka tentang keselamatan. pada peringkat ini mereka boleh menerima ilmu dalam bentuk bermain. supaya mereka sentiasa seronok untuk mengetahui sesuatu perkara. ajak dorang main masak2 pun belajar kan. supaya Anak-anak kenal apa yang kat dapur. simple right. jangan complicated hidup ni sebab apa yang kita lalui hari2 pun dah cukup complicated.
tapi dalam peringkat ni aku tak pergi turun padang untuk Bersama-sama dengan meraka. sekadar memerhati pelajar undergrad dan buat review tentang apa yang mereka jalankan. ini tahap berfikir. gabungkan dengan segala teori yang dah belajar. burn out jugak sekejap memerah otak. but its does'nt matter. adat menimba ilmi. masa ni lah lecture kita nak tengok sejauh mana kemampuan kita untuk berfikir dengan lebih tinggi.
struggle nak habiskan satu semester dengan paper yang Sarat dengan falsafah pendidikan. actually aku seronok dengan journey ni sebab banyak sangat yang aku dapat. ok, dalam kelas falsafah ni lagi lah. apatah lagi bila aku dapat lecturer yang tahap pemikiran luar brasa. perkara yang selama ini aku tak terfikir pun ada atau jadi. ini lagi menyeronokkan aku untuk explore apa yang aku tak tahu. setiap orang akan dapat task yang berbeza. masa ambil undi aku dapat task untuk mengkaji perihal agama Buddha. aku ok je. at least aku dapat belajar sesuatu dari agama dan budaya mereka. tapi ada chinese girl mintak tukar dengan aku sebab dia dapat task pasal agama islam. wah lagi menarik. walaupun aku muslim masih banyak yang aku belum tahu. sometime tahu tapi itulah nama pun manusia kan. so bila dapat task, aku mula belajar untuk explore macam2 falsafah islam. pasal tokoh tokoh islam yang sangat hebat. selama ini aku banyak tahu pasal tokoh dari barat saje. sebenarnya tokoh islam lah yang melopori semua hal sebenarnya. masa tu aku terfikir, ceteknya aku tentang agama sendiri. terus aku jadi sebak. waktu ini lah aku belajar muhasabah diri. lagi2 duduk ditempat orang, jauh dari family. rasa macam kerdilnya aku.
Ya allah, hebatnya kekuasaanMU dalam meniupkan keinginan untuk terus menimba ilmu. aku belajar untuk terus menerima setiap kejadian itu dengan redha. selama ini aku asyik mempersoalkan kenapa dan mengapa. jarang sekali untuk tanya diri sendiri bagaimana. belajar menjadikan aku untuk jadi ikhlas dan tenang. aku tekad untuk mengikhlaskan semua yang aku buat. dan yang penting aku ingin tenang dalam menyiapkan research aku. aku tak mahu diganggu dengan anasir yang boleh merosakkan kedamaian aku. yang berlalu biarlah pergi. walaupun sukar.
apa yang aku belajar dari sini adalah, bila kita tekad untuk belajar hingga peringkat yang lebih tinggi, sama ada Master atau Phd, apa yang perlu kita buat adalah siapkan jiwa dan mental kita. supaya kita lebih bersedia untuk menelaah segala bahan yang kita dapat. dalam pada itu juga kita kena ready untuk menempuh segala kerja yang melibatkan lapangan. berhadapan dengan responden, mencari Bahan-bahan yang berkaitan dengan kajian yang kita nak buat. dan apa yang penting kita kena tahu apa yang kita nak buat dalam kajian penyelidikan kita. supaya kita tidak blur apabila nak sediakan propasal.
kalau rasa takut dan kecut perut untuk berhadapan dengan panel, kalau rasa membaca itu satu beban.. tak payah sambung belajar. senang kan?? hey..dalam dunia ni mana ada senang. Allah kan dan berfirman dalam surah AL BALAD, manusia ini diciptakan dalam kesusahan. kesusahan tu bukan duit je tau, Susah untuk membaca, susah untuk menulis..macam2. jangan fikir about money je, Maknanya Allah nak kita sentiasa mintak dengan dia..bersyukur dengan apa yang ada. aku remind untuk diri sendiri. menuntut ilmu dituntut dalam islam. Allahualam.
to be continue
engkujaa 9.02pm
Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita.


Comments
Post a Comment